Sisa makanan bazar Ramadan di Selangor meningkat 45 peratus

Iklan
Kerja-kerja pembersihan di bazar Ramadan.

SHAH ALAM - Jumlah sisa buangan bahan makanan dari bazar Ramadan di Selangor meningkat sebanyak 45 peratus pada tahun ini berbanding tahun 2022.

KDEB Waste Management (KDEBWM) dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 73.67 tan sisa makanan dibuang setiap hari pada bulan Ramadan meliputi tujuh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor berbanding 50.78 tan pada tempoh sama tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Peningkatan itu susulan daripada penambahan jumlah petak perniagaan dan peniaga di bazar Ramadan di negeri ini berbanding tahun sebelum ini yang sedikit terhad berikutan impak pandemik Covid-19.

"KDEBWM bertanggungjawab mengutip sampah di bazar Ramadan di tujuh PBT di Selangor meliputi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA); Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL); Majlis Perbandaran Sepang (MPSp); Majlis Perbandaran Klang (MPK); Majlis Perbandaran Kajang (MPKj); Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS),” jelas kenyataan itu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, peningkatan jumlah petak perniagaan yang ketara dapat dilihat di Majlis Perbandaran Klang sebanyak 1,331 bilangan petak perniagaan lebih banyak berbanding pada tahun lepas yang menyumbang kepada peningkatan sampah sebanyak 16.5 tan sehari.

"Bagi bazar Ramadan di Hulu Selangor, Kuala Selangor, Ampang Jaya, Sabak Bernam dan Petaling Jaya, ia diuruskan sendiri oleh PBT masing-masing.

Iklan

"KDEBWM menyarankan orang ramai untuk lebih bijak berbelanja ketika di bazar Ramadan dan mengelak pembaziran,” kata kenyataan itu.