BENTONG - Keriangan lapan sahabat bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas ketika sedang mandi-manda di Sungai Triang, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu,mangsa, Sofian Sahar,14 dari Kompleks Agropolitan Chemomoi bersama tujuh lagi rakannya dibawa arus deras ketika sedang menyeberangi sungai tersebut.
Iklan
Iklan
Hanya tujuh orang sahaja berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala mangsa terus dibawa arus deras.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karak, Penolong Penguasa Bomba, Suhairul Ibrahim berkata,seramai tujuh anggota dari balai itu bergegas ke lokasi kejadian bersama dua jentera dan sebuah bot penyelamat.
Menurutnya, turut membantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pelangai, pihak polis dan Rela dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa semalam.
"Namun operasi semalam ditangguhkan kira-kira jam 8 malam, untuk operasi hari ini,pencarian menggunakan kaedah pencarian di permukaan dan selaman.
"Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Bukit Angin serta K9 akan turut serta dalam operasi hari ini" katanya lagi operasi kembali bersambung pada jam 8.30 pagi ini.