Agong berangkat tiba di Labuan untuk lawatan tiga hari

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah tiba di Labuan. - Foto Bernama.

LABUAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba untuk lawatan tiga hari di sini pada Jumaat.

Seri Paduka Baginda berdua berserta pengiring tiba di Lapangan Terbang Labuan pada pukul 11 pagi dengan pesawat khas dan disambut meriah.

Iklan
Iklan

Pasangan diraja disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Rosida Jaafar, Panglima Wilayah Udara 2 TUDM Datuk Wan Amin Hafiz Wan Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail dan Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila.

Turut hadir ketua-ketua jabatan kerajaan.

Iklan

Al-Sultan Abdullah dijadual merasmikan pembukaan Masjid Al Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun dan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk kampung di masjid itu.

Seri Paduka Baginda turut dijadualkan melawat Bazar Ramadan di Labuan Walk di pusat bandar, sebelum berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Jamek An Nur.

Iklan

Esok (Sabtu) Yang di-Pertuan Agong dijadualkan untuk menyaksikan penyerahan Rumah Asnaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Taman Ganggarak Permai.

Pasangan diraja dijadualkan untuk bertemu rakyat menerusi program lawatan ke sekitar Labuan dan menyertai majlis berbuka puasa bersama ketua-ketua jabatan di Dorsett Grand Labuan. - Bernama.