Derbi Lembah Klang diramal hangat

Iklan
Bojan Hodak

PENGENDALI Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak menuntut The City Boys memberikan sepenuh tumpuan sepanjang 90 minit perlawanan apabila melayani kunjungan Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat.

"Derbi Lembah Klang, KL City menentang Selangor, perlawanan yang pastinya menjadi tumpuan untuk kedua-dua pasukan meraih kemenangan tambahan pula perlawanan ini mempunyai sejarah tersendiri buat penyokong.

Iklan
Iklan

"Namun bagi KL City, setiap perlawanan adalah penting dan fokus kami adalah untuk meraih kemenangan tambahan pula beraksi di laman sendiri kali ini.

Sebagai rekod, dua perlawanan terakhir liga kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri 3-3 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 4 Mac tahun lalu, manakala aksi di Petaling Jaya dinoktahkan 1-1 pada 20 Julai.

Iklan

Pada masa, Hodak mengakui pemain KL City bermotivasi untuk memburu keputusan positif tambahan pula pasukan masih dalam pemburuan kemenangan pertama musim ini.

Biarpun begitu katanya, tuan rumah akan kehilangan khidmat empat hingga lima pemain utama dalam perlawanan tersebut akibat penggantungan dan kecederaan.

Iklan

Namun katanya, dia telah bersedia menurunkan beberapa pemain baharu bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan tonggak sebelum ini.

"Ini juga merupakan peluang terbaik untuk pemain baharu ini membuktikan keupayaan masing-masing merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Saya akui pemain baharu ini teruja untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama KL City tambahan pula perlawanan Derbi Lembah Klang yang mempunyai nilai sentimental tersendiri buat kedua-dua pasukan," katanya.