Terbeli karipap berkulat di bazar

Iklan
Dua bekas karipap yang dibeli oleh Emma pada Khamis.

KUANTAN - Sepanjang Ramadan ini, pelbagai insiden yang dialami pengguna di bazar antaranya martabak hangit, karipap inti oksigen selain harga melampau.

Terbaharu, tular di laman sosial Facebook, Warga Kuantan Official pada Khamis apabila seorang wanita berkongsi pengalaman buruk selepas terbeli karipap berkulat di sebuah bazar di sini.

Iklan
Iklan

Setakat ini, perkongsian tersebut telah mendapat 1,937 tanda suka, 335 komen dan 1,239 perkongsian oleh netizen.

Emma Razali, 28, ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat memberitahu, dia membeli dua bekas karipap di sebuah gerai di bazar dengan harga RM3.50 setiap bekas.

Iklan

Menurutnya, dia dan ahli keluarganya hanya menyedari kejadian itu ketika ingin berbuka.

"Mak dan kakak makan karipap tersebut dan beritahu rasa pahit, bila dibuka tengok inti dah berkulat.

Iklan

"Memang terkejut dibuatnya bila semua intinya berkulat. Kulit pun berminyak macam dah banyak kali goreng dengan pakej bau sampah.

"Ini kali pertama saya terkena kejadian macam ini dan juga pertama kali di gerai terbabit," dakwa wanita tersebut kakaknya sudah mengadu cirit-birit pada Jumaat.

Tambah Emma, dia kesal dengan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan lebih teruk khususnya jika ia membabitkan wanita mengandung, kanak-kanak dan warga emas.

"Nak meniaga kena la ikhlas dan bertanggungjawab, saya bukan jenis suka nak tularkan tapi bagi saya isu makanan berkulat dijual pada orang ramai agak melampau dan tak boleh diterima akal.

"Saya akan datang jumpa peniaga itu sendiri hari ini (Jumaat) dan tunjukkan karipap supaya dia dapat menilai kualiti makanan yang dijual," tegas Emma supaya ia dapat dijadikan pengajaran buat semua pihak.

Ditanya jika trauma dengan insiden tersebut, dia memberitahu kesibukan bekerja menyebabkan terpaksa juga membeli di bazar namun membuatkan dirinya lebih berhati-hati selepas ini.