[VIDEO] Petisyen Najib kepada UNWGAD sedang diproses - Muhammad Shafee

Iklan
Muhammad Shafee (tengah) pada sidang akhbar di pekarangan Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Jumaat.

PUTRAJAYA - Peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWGAD) sedang diproses pihak berkenaan.

Justeru beliau berkata, akan ada keperluan untuk Peguam Negara memberi maklum balas kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) kelak.

Iklan
Iklan

"Kami akan mengemukakan dokumen selanjutnya termasuk penghakiman minoriti kepada mereka supaya boleh diteliti ekoran ada dapatan penghakiman baharu.

"Kami akan menghantar dokumen lanjut mengenai penghakiman minoriti dan majoriti kepada pihak berkenaan, supaya ia diteliti untuk menentukan yang mana lebih kukuh,” katanya pada sidang akhbar selepas prosiding menyemak sabitan dan hukuman bekas Menteri Kewangan itu pada Jumaat.

Iklan

Pada 5 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan Najib memfailkan petisyen kepada UNWGAD untuk memohon pembebasan atau perbicaraan semula berhubung rayuan kes bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lalu.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon lima pakar keadilan antarabangsa untuk memutuskan bahawa penolakan rayuannya adalah tidak adil dan melanggar hak asasi manusia dan Perlembagaan Persekutuan.

Iklan

Dalam pada itu, mengenai kuasa pengampunan Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Muhammad Shafee menjelaskan, keputusan semakan memberi peluang untuk menilai semula penghakiman minoriti yang mengutuk cara kes dikendalikan.

"Ada kemungkinan pasukan pembelaan akan mempertimbangkan tindakan seterusnya di mahkamah tetapi saya tidak akan mendedahkan butirannya sekarang.

"Jadi ini (keputusan) bukan penamat lagi,” ujarnya.

Sebelum ini Mahkamah Persekutuan Putrajaya tidak membenarkan Najib untuk menyemak keputusan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

MOJO LIVE 31 MAC 2023[MOJO LIVE] Sidang media peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengenai keputusan semakan sabitan dan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, lapor wartawan Diana Azis dan jurukamera Azim Azmi.Muhammad Shafee menegaskan kepentingan perbicaraan yang adil selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman dalam kes SRC International.Peguam kanan itu turut menzahirkan rasa kecewa dalam penghakiman yang diputuskan dengan majoriti 4-1 dan menyifatkannya sebagai tidak adil terhadap bekas Perdana Menteri itu.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1Muzik: Elevate dari www.bensound.com#BeritaSemasa #SinarHarian" />