Harimau belang masuk perangkap

Iklan
Gambar harimau belang memasuki perangkap Perhilitan di Felda Kerteh 1, Dungun yang tular dalam media sosial.

DUNGUN – Penduduk di sekitar Felda Kerteh 1, di sini lega selepas seekor harimau belang yang sering berkeliaran berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Difahamkan, harimau belang betina seberat kira-kira 150 kilogram tersebut dikesan memasuki perangkap yang dipasang oleh Perhilitan di kawasan ladang sawit pada petang Rabu.

Iklan
Iklan

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Kerteh 1, Wan Zukri Wan Yusuf berkata, pihaknya bersyukur harimau tersebut akhirnya memasuki perangkap dipasang sejak sebelum Ramadan.

Menurutnya, perkembangan tersebut menyebabkan kebimbangan penduduk tentang keselamatan diri dan haiwan ternakan mereka berakhir.

Iklan

"Alhamdulillah, usaha Perhilitan membawa hasil. Penduduk khususnya peneroka memang rasa lega dengan penangkapan harimau ini, mungkin ini harimau yang dilihat berkeliaran di sekitar ladang sawit Hulu Paka ini,” katanya.

Iklan