BANGKOK - Ratusan anggota bomba berhempas pulas mengawal kebakaran hutan di kawasan terletak kira-kira 100 kilometer dari ibu kota Thailand pada Jumaat ketika negara itu masih bergelut dengan pencemaran udara yang telah menyebabkan lebih 1.7 juta jatuh sakit pada tahun ini.
Kebakaran itu telah memusnahkan kira-kira 800,000 meter persegi kawasan hutan merentasi tiga bukit di wilayah Nakhon Nayok ke timur laut Bangkok yang turut menyaksikan dua daerah diisytiharkan sebagai zon darurat.