Korban tanah runtuh di Ecuador meningkat 21 orang

Iklan
Seramai 656 orang turut terjejas manakala 170 lagi hilang tempat tinggal.

BOGOTA - Jumlah kematian dalam kejadian tanah runtuh di Ecuador meningkat kepada 21 orang manakala 72 yang lain masih hilang, kata pegawai.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Risiko Ecuador (SNGR), sekurang-kurangnya 37 orang cedera dalam kejadian yang dicetuskan oleh hujan lebat itu.

Kejadian berlaku pada 27 Mac di bandar Alausi di pergunungan Andes.

Iklan

Selain itu, seramai 656 orang turut terjejas manakala 170 lagi hilang tempat tinggal, lapor Anadolu.

Pihak berkuasa masih meneruskan usaha mencari dan menyelamat meskipun berdepan risiko.

Iklan

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan dan Kerja Raya Ecuador mengumumkan usaha sedang dilakukan untuk membolehkan jalan raya yang ditutup sebelum ini dibuka semula kepada lalu lintas.

Pada 18 Mac lalu, wilayah itu dilanda gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang.- Bernama