Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan

Iklan
Hannah (kiri), Lee Zii Jia

MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.

Iklan
Iklan

Hannah berkata, beliau akan mendengar segala permasalahan dihadapi pemain keempat dunia itu dalam perjumpaan tersebut.

Hannah berkata, beliau akan mengumumkan perkembangan lanjut kepada umum selepas berjumpa dengan Zii Jia.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan Hannah mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan pemain berusia 25 tahun itu sebaik Zii Jia pulang daripada siri kejohanan di Eropah bagi membantunya susulan prestasi tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Spekulasi kepulangan pemain kelahiran Kedah ke BAM juga bertiup kencang selepas juara All England 2021 itu bertemu dengan Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebanyak dua kali sebelum ini. - Bernama

Iklan