KUALA LUMPUR - Keputusan PH menerima beberapa pemimpin Umno menyertai parti berkenaan dianggap mengkhianati rakyat yang benar-benar mahukan perubahan, bukannya ‘bersalin kulit’ dengan muka lama dalam pentadbiran kerajaan baharu.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata, PH tidak memerlukan bekas pemimpin Umno sebaliknya memerlukan lebih ramai lelaki dan wanita berprinsip dalam memperjuangkan agenda reformasi.
Menurutnya, beliau menganggap situasi berkenaan adalah perkembangan bahaya kepada PH malah ia menentang kehendak rakyat yang menolak kerajaan BN dalam PRU14.
"Saya tertanya-tanya jika PH kalah dalam pilihan raya umum akan datang, adakah Ahli Parlimen kita akan buat perkara sama dan senang-senang lompat ke sebelah sana?
"Isunya bukan sama ada ahli Umno itu layak menjadi sebahagian daripada PH tapi melihat bagaimana isu lompat parti ini menjejaskan komitmen PH untuk reformasi dan berubah.
"Bekas pemimpin Umno itu adalah sebahagian daripada mereka yang PH komited lawan sebelum ini untuk agenda perubahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tegasnya, seharusnya kerajaan perlu ‘membersihkan’ semuanya terlebih dahulu namun dengan membenarkan pemimpin Umno menyertai PH, perkara sebaliknya pula berlaku.
Katanya lagi, semakin PH melayan keadaan sedemikian, semakin rakyat kecewa dengan PH.
"Perubahan bukan setakat mendakwa bekas perdana menteri dan timbalannya atas pelbagai kesalahan tapi membongkarkan polisi dan pembasmian rasuah yang berleluasa di zaman pemerintahan Umno selama berdekad.
"Diharapkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil kira rasa tidak puas hati rakyat ketika melayan bekas pemimpin Umno kerana ia adalah pengkhianatan besar kepada mereka,” ujarnya.
Senada dengan Ramkarpal, Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu berkata, beliau pernah mendengar Dr Mahathir menggelar pemimpin Umno sebagai ‘tidak berguna’ dan ‘sampah’ ketika pertemuannya dengan beberapa aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menurutnya, Dr Mahathir juga sudah dua kali melanggar perjanjian apabila menerima bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Nor Azmi Ghazali menyertai Bersatu.
"Saya tertanya-tanya adakah Dr Mahathir masih ingat pertemuannya dengan beberapa aktivis dan NGO menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) apabila beliau memberi jaminan ketika itu tidak akan menerima ‘katak’ daripada Umno.
"Saya masih ingat lagi, kerana saya berada di sana bersama-sama Waytha Moorthy. Ya, Waytha Moorthy yang kini sudah menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri.
"Saya masih ingat Dr Mahathir menggelar pemimpin Umno ‘tidak berguna’ dan ‘sampah’. Jika mereka sampah, saya sendiri berharap Dr Mahathir tidak akan menjadi pengutip sampah dan membawa mereka yang lain masuk ke dalam PPBM,” katanya memetik laporan FMT.
Tambah Ronnie, Dr Mahathir akan dilihat sebagai pengkhianat kepada pengundi yang berhasrat menumbangkan kerajaan diketuai Umno sekiranya membawa ‘katak’ dari Sabah menyertai Bersatu.
"Jangan katakan kepada saya sekarang ini Dr Mahathir mahu mereka masuk semula ke dalam kerajaan melalui pintu belakang Bersatu. Saya sedar Bersatu hanya mempunyai beberapa ahli Parlimen sahaja berbanding DAP dan PKR.
"Namun saya yakin di masa akan datang Bersatu akan boleh menang lebih banyak kerusi. Bersabarlah, kenapa cuba segera membesar dengan cara begini. Ini bukanlah cara yang betul,” katanya.