BEIJING - China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menghapuskan dasar"toleransi sifar" terhadap jangkitan Covid-19, menurut Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China.
"Mulai hari ini, agensi pelancongan China dan penyedia perkhidmatan pelancongan dalam talian akan menyambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan untuk warga asing...," menurut kenyataan kementerian itu, lapor Sputnik.