Nasihat legenda buat Zii Jia, Tze Yong

Iklan
Zii Jia (kiri), Tze Yong

STANDARD dipamerkan pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dalam tiga kejuaraan terakhir disifatkan sebagai sesuatu yang positif untuk dia kembali semula ke prestasi sebenarnya.

Namun di sebalik itu, legenda badminton negara, Ong Ewe Hock amat berharap pertemuan pemain kelahiran Alor Setar itu dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akan menjadi dos penggalak dalam memacu kebangkitan bintang nombor empat dunia tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya harapkan apabila Zii Jia balik dari Switzerland (selepas Terbuka Switzerland), dia dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dapat mengadakan pertemuan empat mata seperti yang dihasratkan menteri sebelum ini. Dari situ kita harap Menteri boleh bantu Zii Jia.

"Saya percaya masalah luar gelanggang sejak kebelakangan ini menjejaskan prestasi Zii Jia, biarpun diakui standard dia masih terbaik apabila mula kembali meningkatkan dalam beberapa kejuaraan terakhir baru-baru ini.

Iklan

"Namun apa yang saya boleh lihat Zii Jia masih gagal menemui sentuhan terbaik apabila masalah luar gelanggang masih membelenggu tumpuannya dalam setiap kejuaraan. Mental dan jiwa dia masih belum tenang lagi sebab itu prestasi dia turun naik, situasi sama juga berlaku kepada (Viktor) Axelsen," katanya kepada Sukan Sinar.

Sebagai rekod, tiga kejuaraan terakhir menyaksikan Zii Jia mengakhiri cabaran di Terbuka Switzerland dengan status separuh akhir.

Iklan

Terbuka Jerman pula menyaksikan Zii Jia melabuh tirai pada pusingan kedua manakala Kejuaraan Seluruh England di fasa separuh akhir.

"Ya, Tze Yong masih dalam proses pembelajaran untuk mematangkan gaya permainannya kerana standardnya belum membolehkan menjuarai kejuaraan buat masa ini.

"Kejutan ketika menyingkir pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen di pusingan kedua Seluruh England sebelum ini satu bonus untuk Tze Yong terus mengekalkan kecemerlangannya biarpun kurang bernasib baik apabila mengalami kecederaan semasa berlangsungnya Terbuka Switzerland.

"Biarpun begitu sejujurnya, Tze Yong masih perlu berusaha gigih bagi meningkatkan tahap prestasi kerana dia sudah berada di landasan yang betul," katanya.

Sebagai rekod, Tze Yong di Terbuka Switzerland terpaksa menarik diri di suku akhir selepas mengalami kecederaan di set kedua semasa menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen.

Semasa di Kejuaraan Seluruh England, perjalanan Tze Yong terhenti di suku akhir apabila pemain nombor itu, tewas kepada pemain China, Li Shi Feng di Utilita Arena, Birmingham.