Ahmad Shahmim giat jalani latihan ketika Ramadan

Iklan
Shahmim giat menjalani latihan walaupun berpuasa.

KOTA BHARU - Pemenang pingat emas powerlifting acara 49 kilogram (kg) ke atas pada Sukan Para Sukma 2022, Ahmad Shahmim Mohd Kadri giat menjalani latihan walaupun dalam keadaan berpuasa pada bulan Ramadan.

Atlet berusia 21 tahun itu dalam persediaan ke Sukan Para ASEAN Kemboja 2023 pada Jun ini.

Iklan
Iklan

Ahmad Shahmim berkata, dia tidak meletakkan sasaran yang tinggi namun menumpukan sepenuh perhatian dalam menjalani latihan di Pusat Kecemerlangan Paralimpik di Kampung Pandan, Kuala Lumpur ketika ini.

"Saya akan mengharungi latihan selama dua bulan dan pulang sekejap ke Kelantan pada pertengahan sesi latihan untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

Iklan
Shahmim (kiri) yang menerima sokongan padu daripada Faridah (kanan) untuk aktif dalam sukan angkat berat.

Menurut Ahmad Shahmim, amalan pemakanan pada bulan Ramadan juga dijaga rapi sama seperti bulan-bulan sebelumnya dan telur rebus masih menjadi rutin bagi menjaga stamina.

"Saya juga makan nasi dalam kuantiti yang sedikit, daging, banyakkan sayuran dan pisang sebagai makanan tambahan.

Iklan
Shahmim ketika memenangi emas di Sukan Para SUKMA 2022.

"Mengawal pemakanan dan minum air kosong yang cukup dapat membantu saya mengekalkan berat badan,” katanya anak sulung kepada pasangan Mohd Kadri Deraman dan Faridah Mat Esa itu.

Atlet berasal dari Selinsing, Pasir Puteh itu melakukan angkatan 104kg sekali gus memecahkan rekod temasya dan kebangsaan iaitu 97kg yang sebelum ini dipegang atlet Kuala Lumpur, Syed Omar Syed Hashim ketika Para Sukma Perak 2018.