Iftar Ala Madinah@Karangkraf platform kukuhkan perpaduan kaum

Iklan
Pengunjung bergambar ketika mengunjungi gerai jualan Alzara di program Iftar Ala Madinah @Karangkraf di Kompleks Karangkraf pada Jumaat.

SHAH ALAM - Alzara Foods Sdn Bhd menyifatkan program Iftar Ala Madinah @Karangkraf sebagai salah satu medium mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum di Malaysia.

Pengurus pemasarannya, G Mathan berkata, sesuai dengan konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Malaysia Madani, pihaknya terpanggil untuk menjadi sebahagian daripada program berkenaan.

Iklan
Iklan
Pengunjung tidak melepaskan peluang membuat pembelian produk Alzara.

Jelas beliau, di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain, pihaknya juga menjadikan program Iftar Ala Madinah @Karangkraf alternatif bagi mempromosikan produk keluaran syarikat berkenaan.

"Orang ramai yang mengunjungi gerai Alzara di Kompleks Karangkraf ini, mereka boleh menikmati harga promosi dan bagi mereka yang membuat pembelian produk RM20 dan ke atas, layak untuk menyertai aktiviti roda impian.

Iklan
Kakitangan jualan dan promosi Alzara membuat persiapan menjual produk pada program Iftar Ala Madinah @Karangkraf di Kompleks Karangkraf pada Jumaat.

"Menerusi program ini, kami bukan sahaja membuka gerai jualan tetapi turut menyediakan minuman teh percuma buat semua pengunjung yang datang berbuka," katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Pengunjung berpeluang untuk menikmati minuman Hi Top Tea secara percuma dan juga boleh membawa pulang sampel jenama berkenaan.


Mathan (dua dari kanan) bersama-sama sebahagian staf promosi Alzara berbuka puasa pada program Iftar Ala Madinah @Karangkraf di Kompleks Karangkraf pada Jumaat.


Kemeriahan program Iftar Ala Madinah @Karangkraf turut diserikan dengan aktiviti roda impian bagi mereka yang membuat pembelian produk Alzara RM20 ke atas.


Mathan (tiga dari kiri) bersama-sama staf Alzara memeriahkan program Iftar Ala Madinah @Karangkraf selama dua hari berturut-turut.


Salah seorang petugas Alzara membantu membuat persiapan berbuka di program Iftar Ala Madinah @Karangkraf dengan menghidangkan makanan dan minuman buat tetamu yang hadir.


Kanak-kanak juga tidak ketinggalan mencuba sampel produk minuman Hi Top Tea.

Iklan