Empat saksi dijangka beri keterangan hari ini

Iklan

PUTRAJAYA - Hari keenam pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis hari ini bermula dengan saksi ke-17 memberi keterangan.

Inspektor Mohamad Afiq Sarmid dari pasukan komando VAT 69 berpangkalan di Ulu Kinta, Perak menjadi saksi pertama daripada empat orang saksi yang dijangka tampil memberi keterangan pada prosiding hari ini.

Iklan
Iklan

RCI yang berlangsung di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri di sini dijalankan di hadapan tujuh panel diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria selaku pengerusi.

Diperkenan penubuhannya oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Jan lepas, RCI itu antara lain akan meneliti semua dokumen dan bukti berkaitan dengan kes penemuan kem penempatan sementara serta kubur di Wang Kelian.

Iklan
Iklan

Pada 2015, negara dikejutkan dengan penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand. -Bernama