MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS

Iklan
Nie Ching - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi (telco) untuk melarang sebarang kandungan pautan pelokasi sumber seragam (URL) dalam khidmat pesanan ringkas (SMS).

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa ‘scam’ atau penipuan dalam talian.

Iklan
Iklan

"MCMC telah mengeluarkan satu arahan kepada syarikat telco untuk pastikan tiada seorang pun yang akan tersalah tekan URL itu dan berkemungkinan menjadi mangsa (penipuan dalam talian).

"Banyak penipuan dalam talian berlaku apabila pengguna tersalah tekan pautan tersebut, kemudian memberi maklumat peribadi dan akhirnya menjadi mangsa,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu di Ai FM sempena Sambutan Ulang Tahun RTM ke-77 di sini pada Sabtu.

Iklan

Bagaimanapun, beliau berkata, arahan tersebut akan berkuat kuasa secara berperingkat dan berharap syarikat yang terlibat dapat melaksanakan arahan tersebut dalam masa yang terdekat.

Sementara itu, bercakap tentang sambutan ulang tahun RTM ke-77, Nie Ching berkata, RTM mempunyai potensi yang besar dan akan terus menjadi teman setia untuk penonton selain sentiasa menyampai maklumat yang terkini dan pantas kepada pendengar.

Iklan

Tanggal 1 April pada tahun ini menyaksikan lebih tujuh dekad RTM menyumbang peranan sebagai teman setia dan terus diyakini seluruh rakyat Malaysia di samping menjadi suara penghubung antara kerajaan dan rakyat menerusi enam saluran TV dan 34 stesen radio. - Bernama