Bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara ditahan

Iklan
Lima kru termasuk tekong warga Indonesia yang berumur antara 13 hingga 37 tahun ditahan kerana menceroboh dan menangkap ikan dalam kawasan perairan Malaysia.

GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan asing Indonesia yang dipercayai menceroboh dan menangkap ikan dalam perairan negara pada Jumaat.

Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot nelayan tersebut di kedudukan 43 batu nautika barat daya Pulau Kendi ketika anggotanya melaksanakan rondaan Op Tanjung kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan mendapati bot yang berpangkalan di Pantai Labu, Deli Serdang Sumatera Utara dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong warga Indonesia yang berumur dalam lingkungan antara 13 hingga 37 tahun.

"Ketika diperiksa kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan di perairan Malaysia.

Iklan

"Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah," katanya menerusi kenyataan di sini pada Sabtu.

Abd Razak berkata, bot dan kru serta peralatan menangkap ikan disita dan ditahan seterusnya dibawa di Jeti Limbongan Batu Maung sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Iklan

Tegasnya, Maritim Malaysia akan sentiasa memantau dan memastikan perairan negara terkawal dari sebarang pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut di perairan Malaysia.