'Nampak banyak ulat dekat roti, sosej'

Iklan
Ulat pada sosej dan roti yang dibeli Nor Suhaili di Temerloh pada Jumaat.

TEMERLOH - Selepas kecoh dengan penularan kes inti karipap berkulat di Kuantan beberapa hari lepas, seorang suri rumah di Temerloh pula berkongsi pengalaman terbeli roti gulung sosej yang berulat di sebuah gerai di sini pada Jumaat.

Nor Suhaili Ismail, 38, memuat naik kisah itu di laman sosial Facebook, Temerloh.

Iklan
Iklan

Ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu, dia memberitahu membeli lima ketul makanan tersebut dengan harga RM3.

"Alangkah terkejutnya kami sebab ternampak ulat bergerak dalam jumlah yang banyak pada sosej dan roti tersebut," ujarnya.

Iklan

Jelas wanita itu, dia sering ke gerai terbabit dan ini kali pertama membeli menu tersebut yang dipek menggunakan dawai kokot serta tidak terdedah.

"Mungkin vendor yang letak makanan itu sebab selama ini tiada masalah dan keadaan gerai pun bersih.

Iklan

"Kesal memang kesal kerana ia boleh menjejaskan kesihatan pengguna, saya harap mereka yang menjual makanan ini lebih bertanggungjawab serta peka dengan cara penyediaan makanan," katanya lagi.