Empat beradik maut: Polis belum rakam percakapan ibu mangsa

Iklan
Polis Muar masih belum dapat merakam percakapan Nabila Sedu, 31, ibu kepada empat beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, Rabu lalu.

JOHOR BAHRU - Polis Muar masih belum dapat merakam percakapan Nabila Sedu, 31, ibu kepada empat beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, wanita berkenaan berkenaan dilihat masih dalam keadaan trauma akibat insiden (kebakaran) berkenaan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, polis telah selesai merakam percakapan bapa kepada empat kanak-kanak berkenaan, Thein Ko Htut, 30, pada Sabtu.

"Kita baru selesai (rakaman percakapan) bapa dia (empat beradik mangsa kebakaran), mak kanak-kanak (pula) masih trauma.

Iklan

Rabu lalu, empat adik beradik berusia tiga hingga lapan tahun, maut dalam insiden kebakaran di sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, Muar.

Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3 ditemukan maut dalam bilik air di bahagian dapur rumah yang didiami mereka dipercayai cuba menyelamatkan diri dalam insiden kebakaran tersebut.

Iklan

Ketika kejadian, Ko Htut dilaporkan tiada di rumah kerana bekerja sementara Nabila pula keluar seketika dengan meninggalkan kesemua kanak-kanak berkenaan di rumah.

Kesemua jenazah disembahyangkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) sebelum dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di Muar, sekitar 8.15 malam, pada Khamis.

Untuk rekod, Nabila dan Htut dipanggil untuk dirakam percakapan berikutan polis mahu menjalankan siasatan terperinci termasuk meneliti sekiranya terdapat elemen kecuaian sehingga mengakibatkan kematian empat beradik berkenaan dalam kejadian kebakaran berkenaan.