Enam kru hilang, kapal diserang lanun di Teluk Guinea

Iklan
Lanun menculik enam anak kapal dari kapal tangki minyak Denmark yang mereka rampas di Teluk Guinea. - Foto AFP

DOUALA - Sebuah kapal Denmark yang diserang lanun di Teluk Guinea telah ditemukan semula, menurut Tentera Laut Perancis dan pemilik kapal itu pada Jumaat.

Agensi Anadolu melaporkan, kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.

Iklan
Iklan

Menurut penyelamat, tiga kru didapati cedera ringan.

"Enam anak kapal telah diculik oleh lanun," menurut kenyataan pihak penyelamat tanpa mendedahkan jumlah sebenar anak kapal yang ditemukan.

Iklan

Kapal tangki minyak dan kimia yang membawa bersama 16 anak kapal itu diserang lima individu bersenjata pada Sabtu ketika berada di 225 kilometer (140 batu) ke barat Port Pointe-Noire di Republik Congo, kata pemilik kapal berkenaan.

Syarikat Monjasa berkata, pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kapal itu akan kembali ke destinasi asal dengan selamat.

Iklan

Teluk Guinea, laluan maritim antara Senegal dan Angola sudah sekian lama menjadi lokasi kegiatan lanun. - Bernama