Ideaktiv agih 10 aneka resipi bubur lambuk pelbagai negeri

Iklan
Artis Izzue Islam memberi bubur lambuk kepada pengunjung di Dataran Kemerdekaan.

SHAH ALAM - NU Ideaktiv Sdn Bhd (NU Ideaktiv) menerusi program Rasa Bubur Lambuk Warisan mengagihkan sebanyak 1,400 bubur lambuk kepada orang ramai yang berbuka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada petang Sabtu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, program tahunan kali kelima itu mendapat kerjasama Baba Products (M) Sdn Bhd (BABA'S), Saji, Petron Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Iklan
Iklan

"Apa yang menarik pada program ini adalah kita bukan sahaja menyediakan 20 periuk bubur lambuk yang dimasak secara bergotong-royong sejak awal pagi tadi, tetapi ia turut menampilkan 10 aneka resipinya daripada pelbagai negeri.

"Antara resipi tersebut adalah Bubur Lambuk Warisan Selangor, Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Bharu, Pulau Pinang, Bukit Piatu, Kulai, Sarawak, Kuala Perlis dan Kubang Pasu.

Iklan

Dalam pada itu, Syamil Fahim menambah, NU Ideaktiv juga turut mengagihkan bubur lambuk berkenaan ke 15 lokasi berlainan di Lembah Klang.

Pengunjung dataran menerima aneka bubur lambuk

Lokasi itu termasuk Hospital Shah Alam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Balai Bomba Seksyen 15, Masjid Al Amin Seksyen 17 dan Surau An-Nur, Seksyen 20 serta Surau Nurul Iman, Padang Jawa.

Iklan

"Turut sama menerima ialah Masjid Taman Sri Muda, Seksyen 25, Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 16, Masjid Al-Jannah, Seksyen 23, penghuni Apartmen Penduduk Suri Puteri, Masjid Seksyen 7 dan Surau Hamidin Seksyen 19.

"Tidak terkecuali menerima agihan bubur lambuk tersebut komuniti Apartmen Komuter, Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Pantai dan Masjid Al-Ikhlasiah, Kuala Lumpur," ujar beliau.

Azli dalam ucapan perasmiannya menyifatkan penganjuran ini sebagai satu usaha memartabatkan makanan tempatan..

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof ketika ucapan perasmian memuji program berkenaan dan menyifatkan penganjurannya sebagai satu usaha memartabatkan makanan tempatan.

"Seperti kita sedia maklum, bubur lambuk ini merupakan resipi makanan yang mempunyai elemen ketimuran dan Islam.

"Saya percaya bila kita mengangkatnya dengan sungguh-sungguh, masyarakat dunia bukan sahaja dapat mengenali negara kita tetapi juga dapat membawa kepada pengenalan agama ini," katanya.