City mudah benam Liverpool

Iklan
Grealish (tengah) meraikan jaringannnya di Stadium Etihad sebentar tadi. - Foto EPA

MANCHESTER City bangkit daripada ketinggalan sebelum melakar kemenangan bergaya 4-1 ke atas Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan menampilkan rentak permainan seimbang sebaik sepak mula, namun Liverpool terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan penyerang berbisa, Mohamed Salah pada minit ke-17.

Iklan
Iklan

City kemudiannya menyamakan kedudukan apabila Julian Alvarez menyudahkan hantaran lintang pemain sayap England, Jack Grealish pada minit ke-27.

Belum sempat Liverpool mengatur langkah, gawang mereka dibocori lagi apabila kapten City, Ilkay Gundogan meledak gol ketiga pada minit ke-53.

Iklan

Tersentak dengan gol ketiga City itu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp membuat empat pertukaran termasuk memasukkan Darwin Nunez bagi menggantikan Salah.

Namun, ia tidak banyak memberi impak di barisan serangan The Reds yang seakan-akan longlai dalam memburu jaringan tambahan.

Iklan

Sebaliknya, City terus berpesta dengan gol keempat menerusi Grealish yang menyudahkan hantaran perancang, Kevin de Bruyne.

Kemenangan itu membolehkan City yang berada di tangga kedua merapatkan jurang mata dengan pendahulu, Arsenal kepada tujuh mata, manakala Liverpool kekal di tangga keenam dengan 43 mata.