PATI tak sempat pulang ke kampung

Iklan
Tiga wanita Indonesia ditahan di Jalan Awam Pulau Ketam, pelabuhan Klang, semalam.

PELABUHAN KLANG - Hajat tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) wanita warga Indonesia menyambut Ramadan di kampung halaman terbantut selepas dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) ketika cuba menyusup keluar dari negara ini, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, cubaan wanita itu dipatahkan menerusi Ops Pensura Khas di kawasan Jalan Awam Pulau Ketam, di sini

Iklan
Iklan

kira-kira jam 1 petang selepas mereka dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Kami menahan mereka untuk pemeriksaan dan semakan mendapati kesemuanya gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah.

Iklan

"Ketiga-tiga wanita warga Indonesia berusia lingkungan 29 hingga 49 tahun itu kemudian dibawa ke markas operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian.

Khairuddin berkata, siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan pulang ke Medan, Indonesia.

Iklan

"Mereka menggunakan khidmat bot pom-pom ke Indonesia secara tidak sah dengan bayaran kira-kira RM1,200 seorang.

"Siasatan masih dijalankan dan kesemua wanita ini direman 14 hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.