SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar menjelaskan bahawa meskipun kerajaan pada pentadbiran sebelum berhasrat untuk mengenakan cukai berhubung produk cecair vape, namun mereka tidak mengecualikannya daripada jadual Akta Racun 1952.
Jelas beliau, ia kerana satu akta baharu perlu digubal terlebih dahulu bagi memastikan sebarang risiko yang berpunca daripada barangan tersebut dapat diatasi sekiranya pengecualian itu dibuat.
"Jika tidak ada akta baharu, berlaku lacuna (kelompongan) dalam undang-undang sebab vape tidak dapat dikawal langsung.
Kerajaan pada hari yang sama mewartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) dalam usaha mengenakan cukai produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin.
Perkara tersebut dinyatakan menerusi notis yang dikeluarkan pada Jumaat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, satu rang undang-undang baharu untuk mengawal selia produk dan peranti rokok akan diperkenalkan pada sesi parlimen akan datang,
Jelasnya, rang undang-undang berkenaan merangkumi peruntukan yang memastikan kawalan menyeluruh ke atas nikotin dalam cecair dan gel yang digunakan dalam e-rokok dan vape.
Beliau berkata demikian berikutan kritikan mengenai pengecualian nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.