Empat pemain sahaja bermain baik - Klopp

Iklan
Jurgen Klopp - Foto AFP

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa hanya empat pemain The Reds beraksi baik ketika mereka tewas 1-4 kepada Manchester City di Stadium Etihad malam Sabtu.

"Hanya empat yang okey dan ia amat sukar. Dua pemain tengah, Hendo (Jordan Henderson) dan Fab (Fabinho) bekerja keras, Cody Gakpo serta Alisson.

Iklan
Iklan

"Jika anda mahu mendapatkan sesuatu di sini, 14 atau 15 pemain perlu berada pada prestasi terbaik, tetapi ia tidak berlaku," kata Klopp.

Biarpun mendahului menerusi Mohamed Salah, namun kekalahan itu menyaksikan peluang untuk memburu slot ke Liga Juara-Juara kian kabur.

Iklan

Kelompangan dan aksi di bawah tahap sebenar skuad The Reds memberi ruang besar buat The Citizens mendominasi permainan.

"City melakukan apa yang mereka mahu kerana ruang terlalu besar. Kami bernasib baik tidak kena lebih daripada empat," ujar Klopp.

Iklan

Klopp mula berang apabila kedudukan kembali seimbang setelah Julian Alvarez menyamakan kedudukan pada minit ke-27.

Kemudian Liverpool membiarkan City mendahului 2-1 pada minit pertama babak kedua menerusi Kevin De Bruyne.

"Kami tidak cuba menghalang. Saya tidak tahu mengapa. Jika bertahan terlalu ke bawah, ruang itu dimanfaatkan City.

"Kami dibolosi dengan dua gol pantas dan ia amat sukar untuk bangkit," kata Klopp.

Dua lagi gol pasukan tuan rumah dihasilkan menerusi sentuhan Ilkay Gundogan dan Jack Grealish.