Empat faktor kejayaan PM ke China - Hassan

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kecil: Hassan

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim memperincikan empat faktor kejayaan kepimpinan Malaysia yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga meraih komitmen pelaburan sebanyak RM170 bilion daripada pelabur China.

Menurut Hassan, keempat-empat faktor itu dirumuskan selepas beliau turut mendapat penjelasan daripada ahli akademik berhubung sikap 'mesra' yang ditunjukkan negara paling ramai penduduknya di dunia itu terhadap Anwar.

Iklan
Iklan

Faktor pertama jelasnya, Malaysia adalah negara Asean pertama menjalin hubungan dengan China.

"Kedua, keyakinan China terhadap kepimpinan Malaysia kini yang mempunyai keinginan membina masa depan yang lebih baik dan ketiga Malaysia mempunyai peranan yang penting dalam Asean sekarang memandangkan Anwar dan Jokowi (Perdana Menteri Indonesia) merupakan dua pemimpin Asean yang berpengaruh.

Iklan

"Keempat, pada bulan Mei tahun 2024 merupakan ulang tahun ke-50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China. Peristiwa bersejarah ini sangat penting yang sentiasa disebut oleh China.

"Mungkin mood ke arah ulang tahun ke-50 tahun itu mula dibina dari lawatan bersejarah Perdana Menteri Anwar Ibrahim ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Iklan

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan Malaysia meraih komitmen pelaburan yang tertinggi bernilai RM170 bilion dari China.

Jumlah itu, yang terbesar setakat ini dari China, adalah daripada sejumlah 19 Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara perniagaan di China dan Malaysia.