Tular poster sabotaj program

Iklan
Tular poster sabotaj program

BALING - Poster boikot Himpunan Aman Kebangkitan Rakyat Sabtu ini di Padang Awam Kuala Ketil didapati berlegar di media sosial.

Menerusi poster boikot dan mesej disebar individu menggunakan nama Putera Muhammad, dia meminta rakyat Baling, penyokong Pas mahupun Umno memboikot program dianjurkan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim itu.

Iklan
Iklan

Sementara itu Penganjur Program Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, mesej tular itu ialah cubaan mensabotaj program dianjurkan.

Menurutnya, poster boikot ditularkan bukan poster rasmi program.

Iklan

"Pihak tidak bertanggungjawab itu perlu berdiri dibumi yang nyata bahawa tidak sepatutnya disabotaj program bertujuan baik.

"Walaupun pihak itu tidak sukakan seseorang, tetapi usahlah menghukum semua pihak," katanya.

Iklan

Beliau berkata, program itu dianjurkan gabungan parti-parti politik dan NGO.

"Jika pihak tersebut tidak sukakan Azeez Rahim, itu antara Azeez dan pihak berkuasa. Selagi tidak dijatuhkan hukum, kita jangan menghukumnya.

"Tetapi untuk pertahan Melayu dan Islam itu hak dia (Azeez). Kita tak boleh bila lihat dia sebagai penyamun dan penyangak. Kita kata tak boleh," katanya.