Aidilfitri: AirAsia sedia 124 penerbangan tambang rendah

Iklan
AirAsia.

SHAH ALAM - Sebanyak 124 penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap ditawarkan oleh syarikat penerbangan, AirAsia sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, kesemua penerbangan mampu milik itu adalah sekitar tarikh 19 April hingga 1 Mei depan.

Iklan
Iklan

"Penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap ini menawarkan harga tiket pada hanya RM199 bagi Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan RM249 sehala ke Sabah," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Jelas Riad, penerbangan tambahan tambang murah itu tersedia untuk beberapa buah destinasi seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri di Sarawak dan Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, Sabah.

Iklan

"Selain daripada membuat tempahan dari Kuala Lumpur, para tetamu juga boleh menempah penerbangan dari Johor Bahru ke Miri, Sibu, Kuching dan Kota Kinabalu,” ujarnya.

Mengulas mengenai jumlah tiket yang telah terjual, Riad berkata, sehingga 31 Mac, kira-kira 70 peratus daripada 11,400 tempat duduk bagi tiket tambang rendah tetap itu sudah dibeli oleh pelanggan.

Iklan

Menurutnya, jualan itu adalah bagi tarikh antara 19 dan 22 April.

"Masih banyak tempat duduk tersedia pada tambang rendah tetap masih belum dibeli di antara 19 dan 22 April depan untuk beberapa kawasan.

"Antaranya adalah seperti Kota Kinabalu ke Johor Bahru dan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur ke Bintulu, Johor bahru ke Miri, Sibu ke Johor Bahru dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata, antara destinasi yang telah mencapai sehingga 100 peratus tempahan bagi tarikh antara 19 dan 22 April ialah Kuala Lumpur ke Tawau dan Johor Bahru ke Kuching.

"Turut sama, penerbangan dari Johor Bahru ke Sibu dan juga Kuala Lumpur ke Kuching. Diharapkan lebih banyak lagi individu akan membuat tempahan untuk tawaran ini,” katanya.