SHAH ALAM- Susulan daripada mogok yang akan dilancarkan di seluruh negara pada esok, kumpulan doktor kontrak membuat enam tuntutan kepada kerajaan melalui Kementerian Kesihatan.
Mogok Doktor Malaysia menerusi hantaran di Instagram memberitahu, antara tuntutan yang akan dibuat adalah menyerapkan semua pegawai perubatan kontrak ke dalam jawatan tetap tanpa sebarang syarat atau temuduga.
Iklan
Iklan
Menurutnya, gaji pokok serta kadar 'on call' pakar dengan pegawai perubatan juga perlu dinaikkan iaitu RM40 dan RM100 untuk satu jam.
"Kami juga berharap waktu bekerja dan 'on call' dapat dikurangkan, tidak melebihi enam kali sebulan dan waktu bekerja sekurang-kurangnya 60 jam seminggu," ujarnya pada Jumaat.
Terdapat desas-desus akan berlangsung mogok doktor kontrak pada 3 hingga 5 April ini dan laman Instagram DoctorsMalaysia menggesa doktor kontrak seluruh negara tampil menyertai mogok berkenaan atau meletak jawatan secara beramai-ramai.
Tambah Mogok Doktor Malaysia, pihaknya turut menuntut supaya kerajaan meluluskan penempatan semula ke wilayah asal selepas dua tahun berkhidmat di Sabah, Sarawak dan Labuan tanpa syarat.
Artikel Berkaitan