JOHOR BAHRU - Ahli ‘Geng Sara’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini, atas 11 pertuduhan termasuk dua rompakan bersenjata secara berkumpulan dan satu rompakan berkumpulan tanpa senjata, memiliki senjata api tiruan, mencederakan individu dan termasuk memiliki dadah di sepanjang Februari hingga Mac, lalu.
A Saravanan,39, yang dipercayai ketua kepada 'geng' berkenaan, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail, Fatimah Zahari dan Majisret Mohd Zulhimi Ibrahim, pada Ahad.
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail, Hakim Fatimah Zahari dan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.
Mengikut dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen, Saravanan dan rakannya S Vivekanandan, 36, didakwa secara bersama kerana melakukan rompakan berkumpulan bersenjata dengan menggunakan pisau ke atas seorang wanita berusia 24 tahun di sebuah kedai runcit, di Taman Universiti, Skudai, 10 sekitar Mac lalu.
Dalam rompakan yang berlaku sekitar 3 petang itu, Saravanan dan Vivekanandan telah melarikan passport milik mangsa, sejumlah wang tunai, sempat telefon bimbit jenama Vivo selain melarikan peti besi milik kedai runcit berkenaan yang mengandungi wang berjumlah RM4,589.
Selain itu, Saravanan dan seorang lagi rakannya, R Ganapathy, 37, turut melakukan rompakan di sebuah pangsapuri di Masi, sekitar 2 pagi, 11 Mac lalu.
Kedua-dua pertuduhan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dengan sebatan, jika sabit kesalahan.
Selain rompakan bersenjata, Saravanan turut mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan lain di Mahkamah Majistret termasuk pertuduhan dibawah Seskyen 36 Akta Senjata Api 1960 (senjata api tiruan), Seksyen 411 Kanun Keseksaan (curi kenderaan).
Di Mahkamah Majistret pula, Saravanan turut membuat pengakuan tidak bersalah atas 12 pertuduhan termasuk di bawah Seskyen 36 Akta Senjata Api 1960 (senjata api tiruan), Seksyen 411 Kanun Keseksaan (curi kenderaan), Seksyen 457 Kanun Keseksaan (pecah rumah), Seksyen 324 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) selain Seksyen 39(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (memiliki dadah).
Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh bersama rakannya itu selain seorang lagi tertuduh di sebuah rumah di Jalan Bukit Kempas 1/17, Taman Bukit Kempas, Kempas; stor syarikat kurier di Kawasan Perindustrian Maju Jaya, Kempas selain di Pangsapuri Lily Jasmin, Jalan Titiwangsa 14/2, Taman Tampoi Indah, Tampoi di sini.
Mereka secara bersama melakukan jenayah itu antara pukul 5.20 pagi 24 Februari, 8.20 malam 25 Februari dan 2 pagi serta 2.30 petang 11 Mac lalu.
Bagi kesemua pertuduhan itu Saravanan dibenarkan diikat jamin keseluruhan RM49,000 dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Raveena, Noor Idayu Salim dan Muhammad Arif Marzuki.
Mahkamah menetapkan 9 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.