'Rezeki Ramadan, dapat lebih RM100 sehari'

Iklan
Roswati (kanan) melayan pelanggan yang mendapatkan khidmatnya di Taman Sri Muda.

SHAH ALAM - Ketibaan Ramadan disusuli Syawal tidak lama lagi sangat dinantikan golongan tukang jahit kerana rezeki mereka meningkat sehingga tiga kali ganda dalam tempoh tersebut.

Antaranya, Roswati Dahlan, 28, yang menawarkan khidmat jahitan di hadapan sebuah kedai peralatan telekomunikasi di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini.

Iklan
Iklan

Menurutnya yang mempunyai pengalaman menjahit lebih lima tahun, setiap kali Ramadan dia memperoleh rezeki berganda kerana ramai menghantar seluar jean untuk diubah suai sama ada dikecilkan dan dijahit semula atau dipotong kerana labuh.

"Kalau hari biasa macam sekarang, nak dapat seorang pelanggan pun susah tetapi untuk Ramadan, biasanya pelanggan akan datang agak kerap dan semakin bertambah menjelang Aidilfitri.

Iklan

"Bulan biasa, pendapatan cukup makan sahaja dan adakalanya memang tak cukup, tapi ketika Ramadan dapatlah saya menyimpan sedikit kerana pendapatan bertambah," katanya.

Seorang lagi tukang jahit, Rosnah Abdul Rashid, 46, juga dari Taman Sri Muda berkata, dia teruja menantikan Ramadan kerana sepanjang bulan mulia ini dia mampu memperoleh pendapatan lumayan.

Iklan

"Kadangkala lebih RM100 sehari hasil tempahan jahit seluar jean pelanggan, duit itulah yang saya simpan untuk persiapan menyambut Aidilfitri dengan keutamaan diberikan kepada anak-anak,” ujarnya.

Edi Ali membaiki kasut yang dihantar pelanggan di Seksyen 18, Shah Alam.

Sementara itu, bagi seorang tukang kasut, Edi Ali Bashah, 37, dengan membaiki kasut orang dia mampu memperoleh pendapatan lebih RM100 sehari pada hari tertentu.

Katanya, pada hari biasa pendapatannya tidak banyak namun pelanggan meningkat sedikit apabila musim perayaan.

"Alhamdulillah ramai yang datang untuk baiki kasut ketika ini dan saya harap dapat rezeki lebih menjelang hari raya nanti," katanya yang mengenakan bayaran di antara RM5 hingga lebih RM30 mengikut kerosakan kasut.

Edi Ali yang membaiki kasut di Seksyen 18 di sini berkata, walaupun tidak banyak, namun rezeki itu cukup untuk digunakan bagi keperluan dirinya.