Joo Ven terima ugutan, komen negatif di media sosial

Iklan
Joo Ven dibelenggu kebimbangan susulan ugutan dan komen negatif warganet di media sosial. - Foto Badminton Photo

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Soong Joo Ven menerima ugutan dan komen negatif oleh segelintir warganet di laman sosial, Instagram dipercayai susulan prestasinya yang kurang memberangsang ketika ini.

Atlet berusia 27 tahun dalam satu perkongsian yang dimuat naik di akaun Twitternya pada Sabtu mengakui takut untuk menggunakan akaun laman sosial berkenaan kerana bukan dirinya sahaja dikecam, malah ia turut melibatkan ahli keluarganya.

Iklan
Iklan

"Ini adalah salah satu punca kenapa saya takut dengan IG (Instagram).

Salah satu mesej yang menyinggung perasaannya ialah;

Iklan

"Patutlah anda masih pemain amatur kerana anda selalu memandang rendah kemampuan lawan anda. Malah ketika anda berada di depan 19-12 ketika menentang Magnus di set kedua anda masih memandang rendah,” tulis pemilik akaun berkenaan.

Malah lebih menakutkan Joo Ven, pemilik akaun itu menuduhnya mengatur perlawanan, selain mengharapkan satu perkara buruk berlaku dalam kehidupannya.

Iklan

"Mungkin anda seorang individu yang mengatur perlawanan. Saya berharap satu hari nanti anda akan dihukum manakala anda dan keluarga akan mati dalam kemalangan jalan raya sebab perbuatan anda itu,” tulis pemilik akaun berkenaan.

Akhir bulan lalu, pemain yang berada di ranking ke-50 dunia itu tersingkir di pusingan kelayakan Sepanyol Masters selepas kalah kepada Magnus Johannesen dari Denmark.

Biarpun memberi tentangan sengit, namun Joo Ven terpaksa akur tewas dalam aksi rubber set 21-19, 29-27, 21-16 sekali gus gagal mara ke pusingan pertama kejohanan bertaraf S300.