KUALA LUMPUR - Semua badan-badan Islam harus berwaspada terhadap sebarang anasir golongan fanatik yang memupuk ideologi keganasan serta bergerak mempergunakan nama Islam.
Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata ia selaras dengan pegangan Islam yang membawa mesej kerukunan serta menentang segala bentuk keganasan.