PUTRAJAYA - [KEMAS KINI] Perdana Menteri mengakui masih ada pihak yang meminta komisen ketika berurusan dengan kerajaan termasuk dari pejabat beliau.
Menerusi ucapan perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar semua pihak bekerjasama untuk membanteras budaya tersebut.
"Kita tidak boleh nafikan masih ada. Saya pun dengar kadang-kadang dia kata orang minta komisen dari pejabat saya, pejabat menteri dan pegawai," katanya pada Isnin.
"Untuk membersihkan budaya lama itu memerlukan masa.
Iklan
Jadi saya minta kerjasama saudara saudari, kerana apabila imej itu baik ia (menjadi) mudah sekali," katanya.
Anwar berkata, sekiranya tadbir urus atau tata kelola dan imej baik dapat dikekalkan, beliau percaya masa depan negara lebih cerah berbanding sebelum ini.
Iklan
"Saya terasa seolah-olah ada lonjakan baharu tentang imej dan harapan malaysia," katanya.