United beraksi seperti tidak mahu menang

Iklan
Ten Hag - Foto AFP

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag percaya Newcastle United mempunyai keinginan menang yang lebih tinggi berbanding pasukannya dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.

The Red Devils mengalami kekalahan kedua dalam tiga perlawanan terakhir EPL selepas tewas 0-2 menerusi gol separuh masa kedua daripada Joe Willock dan Callum Wilson di St James' Park.

Iklan
Iklan

United jatuh ke tangga keempat EPL di belakang Newcastle dengan perbezaan gol dan hanya satu mata di depan Tottenham Hotspur.

"Saya fikir kami mempunyai peluang tetapi kami tidak menyempurnakannya. Kami juga membenarkan lawan mencipta peluang.

Iklan

"Pemain perlu laparkan gol dan perlu memberikan segala-galanya dalam setiap perlawanan. Saya rasa permainan menyerang kami tidak cukup bagus. Saya tidak mahu fokus kepada individu.

"Ia tiada kaitan dengan permainan individu. Ia mengenai prestasi pasukan. Ia tidak cukup bagus," ujarnya.

Iklan

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Belanda itu yakin United akan kembali bangkit dan tidak akan terus kecundang dalam baki perlawanan selepas ini.

"Ini perkara biasa. Dalam satu musim, anda mempunyai halangan dan anda perlu menghadapinya berkali-kali.

"Selepas kekalahan 0-7 kepada Liverpool, kami dapat bangkit. Saya tidak bimbang dan saya percaya pada pasukan saya," katanya.