AFC kecam tindakan Israel serbu stadium

Iklan
Gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel ketika perlawanan akhir Piala Abu Ammar, Balata FC menentang Jabal Al Mukabber di Stadium Antarabangsa Faisal Al Husseini, al-Ram. - Foto Agensi

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan provokasi tentera Israel ke atas pemain dan penonton semasa perlawanan akhir Piala Abu Ammar, Balata FC menentang Jabal Al Mukabber di Stadium Antarabangsa Faisal Al Husseini, al-Ram pada Khamis.

"AFC meminta agar semua tindakan keganasan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin dihentikan segera.

Iklan
Iklan

"AFC berdiri dalam solidariti teguh dengan Persekutuan Bola Sepak Palestin (PFA) dan komuniti bola sepak Palestin," kata badan induk bola sepak Asia itu.

Sebelum itu, tentera Israel menggunakan dua kenderaan perisai ketika menyerbu stadium itu, melepaskan gas pemedih mata di padang dan tempat penonton.

Iklan

Situasi itu menyebabkan perlawanan dihentikan lebih sejam apabila beberapa pemain termasuk penjaga gol Jabar Al-Mukaber, Rami Hamadi dan penyokong kelab Palestin berkenaan khasnya kanak-kanak dan wanita, mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata.

Insiden malang itu menyaksikan penyokong dan pemain terpaksa dirawat di tepi padang sebelum mendapatkan rawatan lanjut.

Iklan

Sementara itu, Kapten Balata, Saed Abu Saleem berkata, gas pemedih mata merebak ke dalam bilik persalinan menyebabkan pemain juga sukar bernafas dan pengsan.

Apabila perlawanan bersambung Jabal Al-Mukaber muncul juara selepas menang tipis 1-0 ke atas Balata FC, hasil jaringan Zaid Qombor.

Presiden PFA, Jibril Rajoub mengecam serangan gas pemedih mata dilancarkan tentera Israel di utara Jerusalem itu.

"Serangan tersebut satu serangan yang dirancang terhadap penyokong dan pemain kelab Palestin," katanya.