Jualan Car Food Sahur

Iklan

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersahur bersama keluarga dan rakan-rakan secara santai menerusi program jualan Car Food Sahur di Batu Buruk, Kuala Terengganu, tengah malam tadi.

Penganjuran jualan sahur yang masuk edisi keenam itu berlangsung selama 23 hari sejak 28 Mac lepas dan bermula pada 10 malam hingga 3 pagi.

Iklan
Iklan

Program anjuran Kelab Belia Kreatif dan Inovasi (Mandalika) itu disertai 30 peniaga muda dengan menawarkan 75 jenis makanan seperti keropok lekor, nasi tong kayu, colek dan sate serta 15 jenis minuman untuk pilihan pengunjung. - Foto Bernama