Anwar sifatkan kejayaan besar di China

Iklan
Anwar (tengah) hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri pada Isnin. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan luar biasa sempena lawatan rasmi beliau ke China baru-baru ini adalah hasil daripada semangat berpasukan dan kerjasama rentas kementerian yang telah dilaksanakan sebaik mungkin.

Menurutnya, hasil usaha penjawat awam menyusun acara, kira-kira 50 syarikat gergasi China yang bernilai berpuluh bilion dolar dapat dihimpunkan sempena lawatan itu.

Iklan
Iklan

"Ini kerana usaha yang dibuat bukan sahaja oleh Kementerian Luar, tapi semua kementerian terkait berbincang dan menemui mereka sebelum ada pertemuan itu," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin.

Anwar dalam pada itu berkata, kaedah cekap dan bersih perlu dilaksanakan dalam setiap urusan bagi menarik dan menambah keyakinan pelabur dalam negara.

Iklan

Beliau tidak menafikan masih ada pihak yang meminta komisen ketika berurusan dengan kerajaan.

"Budaya lama (jika) mahu dibersihkan mengambil masa lama, jadi saya minta kerjasama saudara kerana apabila imej itu baik, ia mudah sekali," katanya.

Iklan

Anwar berkata sekiranya tadbir urus, tatakelola dan imej baik dapat dikekalkan, masa depan negara akan lebih cerah. - Bernama