PENGENDALI AC Milan, Stefano Pioli menyifatkan kemenangan besar 4-0 penyandang juara itu ke atas pendahulu Napoli di Stadium Diego Armando Maradona membarakan motivasi jagoan Serie A tersebut mengakhiri kempen pada tahap terbaik.
Pada perlawanan berprofil tinggi itu, penyerang AC Milan, Rafael Leao menjaringkan dua gol pada minit ke-17 dan 59, manakala dua gol disumbangkan Brahim Diaz (m-25) dan Alexis Saelemaekers (m-67) sekali gus memacu gergasi Itali itu ke tangga ketiga liga.
Iklan
Iklan
Kemenangan ke-15 selepas mengharungi 28 perlawanan itu membolehkan Milan mempunyai 51 mata, satu mata di depan Inter Milan di tempat keempat, dan empat di belakang Lazio di tempat kedua manakala Napoli tenang mendahului Liga dengan 20 mata.
"Sejujurnya kami telah banyak membuang peluang dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan tidak boleh melakukannya lagi. Ini adalah kemenangan yang bagus, namun ia hanya satu perlawanan.
"Apa pun keputusan yang akan berlaku pada petang ini, ia tidak akan menjejaskan Liga Juara-Juara, kerana itu akan menjadi pengalaman, suasana dan segala-galanya yang berbeza. Ia akan membolehkan kami mengkaji perlawanan ini dan melihat di mana kami melakukannya dengan baik atau boleh melakukannya. lebih baik,” kata Pioli.
Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan pertama Napoli di laman sendiri dalam saingan Serie A sejak 22 tahun lalu dengan empat gol atau lebih.
Napoli dalam pemburuan gelaran Serie A pertama sejak 1989-90, selepas menjadi naib juara empat kali sejak 2013.