Helikopter bawa pesakit terhempas di AS, dua terbunuh

Iklan
Sebuah helikopter perubatan terhempas di timur laut di Shelby County, Alabama di selatan Amerika Syarikat pada Ahad yang mengorbankan dua anak kapal. - Gambar hiasan

WASHINGTON - Sebuah helikopter perubatan terhempas di timur laut di Shelby County, Alabama di selatan Amerika Syarikat pada Ahad yang mengorbankan dua anak kapal.

Helikopter itu dilaporkan membawa seorang pesakit yang mengalami masalah pernafasan dan sakit dada.

Iklan
Iklan

Seorang timbalan Shelby County menelefon 911 untuk melaporkan nahas pada petang Ahad.

Helikopter itu membawa tiga anak kapal, menurut Timbalan Ketua Pejabat Shelby County Sheriff Clay Hammac.

Iklan

Seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dua lagi dibawa ke hospital, tetapi seorang daripadanya disahkan meninggal dunia. - Bernama-Xinhua

Iklan