Polis cari Yap Chee Siong

Iklan
Polis sedang mengesan Yap Chee Siong sebagai saksi perbicaraan kes perjudian di Mahkamah Majistret Klang.

KLANG - Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang saksi bagi satu perbicaraan kes perjudian yang akan berlangsung pada 16 dan 17 April ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, individu terbabit, Yap Chee Siong, 46, adalah saksi penting dalam membantu perbicaraan yang akan diadakan di Mahkamah Majistret Klang.

Iklan
Iklan

Katanya, usaha mengesan saksi tersebut sedang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk memastikan lelaki berkenaan hadir dalam perbicaraan itu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi penyiasat Masayu di talian 013-3122790," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan
Iklan