KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti empat lokasi berisiko di negeri ini yang sering berlaku kebakaran hutan setiap kali musim kemarau.
Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, lokasi 'panas' berkenaan ialah Bachok, Pasir Mas, Gua Musang dan Kota Bharu.
Iklan
Iklan
"Pada masa sama, kita turut menghadkan cuti semua pegawai dan anggota bagi menghadapi kemarau yang sedang melanda ketika ini," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurut beliau, JBPM Kelantan sudah mengadakan mesyuarat bagi menyelaras tindakan kecemasan jika kebakaran hutan berlaku di negeri ini.
Ujarnya, pemeriksaan kesemua peralatan dan kelengkapan memadam kebakaran turut dilakukan bagi memastikan semua berada dalam keadaan terbaik.
Tambah Zainal, pihaknya juga akan memohon bantuan dari negeri berdekatan jika keadaan memerlukan.
"Kita mempunyai 27 jentera dan 24 pam angkut di seluruh negeri. Bagi kawasan yg tidak dapat diakses jentera, anggota menggunakan pemerap api (fire bitter)," katanya.