Gergasi Merah resah duo Negeri Sembilan

Iklan
Shahrel Fikri (kiri) menyumbang satu gol ketika menentang Kelantan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Sabtu lalu. - Foto Negeri Sembilan FC

SELANGOR FC harus mengawasi Mohamad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Safuwan Baharuddin yang kini beraksi bersama Negeri Sembilan FC menjelang aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Selasa.

Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe percaya, kedua-dua pemain itu sudah tentu mengetahui kelemahan dan kelebihan pasukannya memandangkan mereka pernah menyarung jersi Gergasi Merah.

Iklan
Iklan

"Shahrel Fikri dan Safuwan pernah bersama Selangor dan sudah tentu tahu tentang kelemahan kami, namun kami perlu fokus untuk dapatkan satu keputusan positif.

"Apa yang saya lihat Safuwan dan Shahrel Fikri juga sudah memberikan impak kepada pasukan mereka (Negeri Sembilan), jadi kami perlu berwaspada,” katanya.

Iklan

Shahrel Fikri yang bersama Selangor selama dua tahun berpindah ke Negeri Sembilan musim ini, mula dilihat menemui sentuhan terbaiknya apabila meledak gol pertama buat skuad Jang itu Sabtu lalu.

Safuwan yang merupakan pertahanan Singapura pula turut bersama skuad gergasi Lembah Klang itu selama dua tahun dan sudah tentu tahu cara menyekat serangan yang mahu diatur anak-anak buah Cheng Hoe.

Iklan

Dalam pada itu, Cheng Hoe menyifatkan pertemuan menentang Negeri Sembilan itu adalah 'misi wajib menang' dalam usaha mengekalkan rentak positif.

"Saya menjangkakan satu perlawanan sengit. Walaupun tahu kami ada kualiti dan mampu menjaringkan gol, tetapi kami perlu elak serangan balas daripada lawan.

"Kami perlu satu keputusan yang positif tetapi setiap perlawanan adalah berbeza. Sebab itu, pemain perlu turun ke padang dengan penuh keyakinan dan perlu konsisten,” jelasnya.