Michelle Yeoh pulang ke Malaysia, bakal bertemu peminat

Iklan
Yeoh juga dijadual menghadiri majlis konsert makan malam tertutup pada malam yang sama untuk meraikan hari lahir ibunya, Datin Janet Yeoh. - Foto: Bernama

AKTRES Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang juga pemenang Oscar ke-95 akan kembali ke Malaysia untuk bertemu peminatnya dalam masa dua minggu lagi.

Difahamkan, Yeoh akan bertemu peminatnya di acara karpet merah di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur pada 18 April jam 5.30 petang.

Iklan
Iklan

Sesi ramah mesra itu dibuka kepada orang ramai dan tiada pendaftaran awal diperlukan.

Astro AWANI turut difahamkan dari pihak Pavilion, satu sidang media akan berlangsung sebelum sesi ramah mesra berkenaan.

Iklan

Dalam pada itu, Yeoh juga dijadual menghadiri majlis konsert makan malam tertutup pada malam yang sama untuk meraikan hari lahir ibunya, Datin Janet Yeoh.

Pelakon berusia 60 tahun itu mencipta sejarah bulan lalu selepas menjadi rakyat Malaysia dan bintang Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Iklan

Yeoh meraih kemenangan menerusi watak sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All At Once.

Menerusi Oscar Ke-95, Yeoh menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

Di pentas semasa menerima trofi, Yeoh mendedikasikan kemenangan bersejarahnya kepada ibunya Datin Janet Yeoh.

Sebelum memenangi Oscar, Yeoh meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe.

Sementara itu, beliau juga menjadi pelakon Asia pertama yang memenangi Screen Actors Guild Awards 2023 pada Februari untuk Persembahan Cemerlang kategori Pelakon Wanita yang membawa peranan utama. - Awani