Dua pegawai polis ditempatkan di SKMM

Iklan
Satu pertemuan antara Mohamad Salim (dua dari kiri) bersama Abd Jalil (dua dari kanan) pada Isnin. - Foto Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

SHAH ALAM - Dua pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan ditempatkan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut kenyataan pengendali laman Facebook MCMC, penempatan itu bagi memantapkan keupayaan dan kepakaran kedua agensi penguatkuasaan berkenaan bagi tujuan risikan, siasatan serta pendakwaan.

Iklan
Iklan

Katanya, perkara tersebut dipersetujui menerusi satu pertemuan antara Pengerusi SKMM, Tan Sri Mohamad Salim Fateh bersama Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan pada Isnin.

"Pertemuan berkenaan bagi membincangkan mengenai keperluan memperkasa tindakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung kandungan media sosial berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R)," ujarnya.

Iklan
Iklan

Jelas kenyataan itu lagi, pemerkasaan kerjasama tersebut akan terus dilaksanakan dari masa ke masa selain mengambil kira keperluan terkini dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang negara.