SHAH ALAM - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 10.59 malam Isnin.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa itu terletak 84 kilometer (km) barat daya dari Padang Sidempuan, Indonesia pada kedalaman 86 km.
"Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
"Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," katanya.
Sementara itu, beberapa netizen berkongsi di ruang komen mengenai situasi dialami berhubung gegaran gempa bumi tersebut.
Pemilik Facebook bernama John Mohamed menyatakan merasai gegaran berkenaan sehingga di Cameron Highlands, Pahang.
Selain itu, pemilik Facebook bernama Suhana Abdul Samad memaklumkan menerima notifikasi berkenaan situasi gempa itu menerusi aplikasi Google Play.
"Dapat notifikasi dekat Google Play tadi. Terkejut saya ingatkan dekat Malaysia tapi bagus juga sebab diberitahu," ujarnya.Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 10.59 malam Isnin.