Lelaki direman pukul isteri, anak tiri

Iklan

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki direman empat hari untuk membantu siasatan kerana disyaki memukul isteri dan anak perempuan tirinya di sebuah rumah di Kampung Atas Tol, di sini, pada 17 April lalu.

Perintah tahanan reman terhadap suspek, 25, dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen, Wan Aziantie Wan Ab Karim@Isa bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2012 dijalankan.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, tindakan suspek yang memukul anak tirinya itu disedari isteri, 32, yang ketika itu terdengar suara tangisan mangsa.

"Terkejut dengan situasi itu, dia cuba menghalang perbuatan suspek. Bagaimanapun, suspek bertindak menampar di kedua belah pipinya sehingga mangsa kesakitan dan trauma," katanya.

Iklan

Sumber berkata, mangsa mendakwa dia sering dikasari sebelum ini, malah suspek juga pernah cuba hendak mencederakannya dengan gunting tetapi hanya berdiam diri.

"Bagaimanapun, selepas peristiwa itu, mangsa nekad membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri dan anak-anaknya pada masa akan datang.

Iklan

"Selain itu, mangsa risau suspek yang melarikan kereta miliknya menggunakan kenderaan itu dengan tujuan tidak baik" katanya.