Jualan tiket bas laris, destinasi Pantai Timur habis terjual

Iklan
Jualan tiket bas ekspress bagi kebanyakan negeri di Terminal Meru Raya, Ipoh laris dan hampir habis dijual.

IPOH - [DIKEMAS KINI] Jualan tiket bas ekspres bagi kebanyakan negeri di semenanjung negara sempena balik kampung perayaan Aidilfitri ini laris dan hampir habis dijual di Terminal Meru Raya di sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, tiket bas ekspres ke Pantai Timur habis terlebih dahulu berbanding negeri lain sejak penjualan dibuka, tiga minggu lalu.

Iklan
Iklan

Penyelia Operasi Terminal Meru Raya, Aziz Othman berkata, sebahagian besar penumpang bagi perjalanan bas ke Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu membuat tempahan tiket awal menerusi dalam talian.

Menurutnya, terdapat hampir 10 trip disediakan setiap hari bagi perjalanan pulang ke kampung pada 18, 19 dan 20 April ini, namun jumlah itu masih belum cukup memenuhi permintaan orang ramai.

Iklan

"Untuk Pantai Timur, permintaan sangat tinggi, sampai sekarang orang ramai masih datang cuba mendapatkan tiket balik.

Kerani, Shahzira Sulaiman, 30, bersyukur kerana sempat membeli tiket untuk pulang ke Kelantan lebih awal.

Iklan

Dia membuat tempahan menerusi dalam talian sebelum Ramadan lagi kerana bimbang kehabisan tiket pada saat akhir.

"Selalunya musim perayaan ini, tiket akan cepat habis. Jadi sebagai langkah keselamatan eloklah saya beli awal," katanya.

Muhammad Asyraf Mohd Amdan, 26, yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Ipoh sejak tiga tahun lalu memilih menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung.

Katanya, selain mahu berjimat, menggunakan kenderaan awam tidak memenatkan terutama ketika menempuh laluan yang sesak.

"Berdasarkan pengalaman sebelum ini, rasa tak sanggup nak tempuh kesesakan. Eloklah naik bas sahaja, tak penat dan boleh tidur sepanjang jalan," katanya yang akan pulang ke Johor.