Perkasa gesa kerajaan tubuh RCI siasat kematian Muhammad Adib

Iklan

SHAH ALAM - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan segera bagi mendapatkan keadilan terhadap kematian Pegawai Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Penerangan Perkasa, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, sudah lebih empat bulan Muhammad Adib meninggal dunia angkara rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya pada November tahun lalu, namun penjenayah yang melakukan kekejaman tersebut masih bebas tanpa sebarang tindakan di ambil.

Iklan
Iklan

"Lebih menjengkelkan lagi apabila tular dua pakar forensik yang juga saksi pakar bagi prosiding inkues kematian Muhammad Adib membuat laporan polis berhubung ugutan serta cubaan mempengaruhi penilaian mereka membabitkan kes terbabit ketika pendengaran inkues masih berlangsung.

"Sehubungan itu, Perkasa mendesak dan menggesa kerajaan sekali lagi agar meletakkan keutamaan utama dengan menubuhkan RCI dengan segera.

Iklan

"Gesaan menubuhkan RCI ini terdahulu telah pun dinyatakan oleh Presiden Perkasa Datuk Dr Ibrahim Ali kerana menjangkakan ketidakadilan pasti berlaku jika hal kematian anggota bomba ini tidak dipandang serius," katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Menurutnya, RCI itu perlu ditubuh segera kerana kredibiliti dan integriti inkues ini sudah pun tercalar dan mencemar institusi kehakiman dengan keterangan-keterangan yang telah dimanipulasi.

Iklan

"Pasti ini akan memberi impak negatif dan tidak boleh diperakui di dalam keputusan inkues jika ia tetap diteruskan," katanya.

Jelasnya, tindakan Peguam Negara yang memfailkan afidavit mengenai kematian Muhammad Adib juga merupakan tindakan tidak sepatutnya kerana ia seperti telah meletakkan satu keputusan tertentu mendahului keputusan inkues yang sedang berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah tolak permohonan panggil semua dua saksi pakar

Oleh yang demikian, Perkasa berharap agar Kerajaan PH yang sering melaung-laungkan keluhuran undang-undang supaya memandang serius hal tersebut dan segera menubuhkan RCI bagi mengenal pasti petualang di belakang kes kematian Muhammad Adib.

"Tiada alasan oleh kerajaan untuk tidak mewujudkan RCI ini kerana secara jelas saksi-saksi inkues ini telah dipengaruhi bagi memberi penilaian yang tidak tepat dan sesuai mengikut penelitian mereka.

"Perkasa akan terus menerus mendesak bagi memastikan keluarga Muhammad Adib mendapat pembelaan yang sepatutnya dan penjenayah yang mengakibatkan kecederaan hingga membawa kepada kematiannya yang membawa derita kepada keluarganya sepanjang hayat agar menerima hukuman yang setimpal," katanya.